Friday, April 23, 2010

Kabare

Salam,

Sebelum kita mempelajari bahasa jawa dengan mendalam. Marilah kita berkenalan dulu dengan bahasa ini.

Bahasa jawa merupakan salah satu bahasa Internasional. Ia digunakan oleh berjuta-juta orang dimerata dunia. Bukan sahaja disekitar Nusantra seperti Indonesia, Malaysia, Berunai, Singapura bahkan di Eropah seperti Belanda, Surinam begitu juga di Jepun.


Bahasa Inggeris juga ada meminjam bahasa Jawa seperti contoh ayat berikut-

Bolahie wes mubeng - bahasa Jawa yang bermaksud bola sudah bergolek/berpusing. Dalam bahasa Inggeris. The ball was moving. Dalam bahasa Jawa telah atau sudah disebut wes dalam bahasa Inggeris pula disebut was.

Jepun juga ada menggunakan bahasa Jawa. Kata jepun kono kono bahasa Jawa nang kono atau disana?.

Bahasa jawa terlalu luas perbendaharaan katanya. Cuba kita bandingkan bahasa Jawa dengan bahasa Melayu tentang kelapa. Dalam bahasa Jawa setiap komponan dalam sepohom kelapa itu ada perkataannya sendiri sebagai contoh:

Bahasa Melayu / Bahasa Jawa

Buah Kelapa / Kerambil
Putik kelapa / Belolok
Kelapa muda / Degan
Daut ketupat kelapa / Janur
Daun kelapa kering / Belarak
Mayang kelapa / Manggar
Batang kelapa / Gelugu
Pelepah kelapa yg dbuang daunnya / Belungkang

dan lain2 lagi dengan tidak perlu dikaitkan dengan kelapa seperti bahasa Melayu.

Dalam hal menziarah umpamanya, Dalam bahasa Melayu jika kita menziarahi orang meninggal kita sebut ziarah orang meniggal tepi dalam bahasa jawa ia ada bahasanya sendiri iaitu LAYAT yg bermaksud ziarah orang meniggal. Kalau ziarah orang bersalin pula ia disebut MUYI.

Demikian kayanya pebendaharan kata bahasa Jawa.

Mari kita lihat pula sebutan angka dalam bahasa Jawa dan Melayu.

Bahasa Melayu / Bahasa Jawa

Satu / Siji
dua loro
tiga / telu
empat / papat
lima / limo
enam / nem
tujuh / pitu
lapan / wolu
sembilan / songo
sepuluh / sepoloh
sebelas / sewelas
dua belas / rolas
tiga belas / telulas
empat belas / pat belas
lima belas / limolas
enam belam / nembelas
tujuh belam / pitulas
lapan belas / wolulas
sembilan belas / songolas
dua puluh / rongpoloh
tiga puluh / telung poloh
empat puluh / patang poloh
lima puluh / limong poloh
Enam puluh / nem poloh
tujuh puluh / pitung poloh
lapan puluh / wolung poloh
sembilan puluh / Songong poloh
seratus / satus

Cuba kita lihat perbedaannya. Setiap angka sama sahaja sebutannya dalam bahasa Melayu. Samada pada belas puluh atau ratus. Tapi dalam bahas Jawa berbeza. Kita ambil angkan empat. Dalam bahasa Melayu, empat, empat belas dan empat puluh. Sebaliknya dalam bahasa Jawa, papat, pat belas dan patang poloh. Angka empat yang disebut papat dalam bahasa Jawa akan berubah dalam belas dan puluh. Demikianlah sedikit tentang kekayaan perbendaharaan kata bahasa Jawa bagi pengenalan kali ini.
akan disambung dalam perjumpaan akan datang. Jumpa lagi..... Suwun enggih. Mengkin ketemu malih.

Monday, April 19, 2010

Nasi Ambeng

Salam semua,

Lama sangat teman tak up-date blog teman ni. Nak kata sebok tidak juga. Naik kata lupa tidak juga. Tiba-tiba hari ini terinagt pula nak syer dekat kekawan tentang nasi ambeng.

Dua hari lepas teman terbaca satu pandangan yang mengatakan nasi ambeng perlu dikomeselkan. Sebenornya dah banyak restoran nasi ambeng ni. Terutama di tempat yang ramai orang jawa. Di Tanjung Karang ada gerai nasi ambeng demikian juga di Shah Alam.

Nasi ambeng ialah nasi yang disediakan oleh orang keturunan jawa ketika kenduri kendara. Terutamanya ketika kenduri arwah (Tahlil), naik buaian atau muputi kata orang Jawa. Kalau dulu nasi ini dibuat menggunakan acuan terutamanya besen atau mangkuk yang besar supaya nasi ini kenyal dan tidak mudah bertabur. Di atasnya diletakkan lauknyapauk yang terdiri dari ayam/ikan, tumisan (sayur)yang diperbuat dari tempe, suun, pucuk,kacang panjang, tauhu dan lain-lain. Serunding yang diperbuat dari kelapa dan daging juga disertakan. Pada asalnya nasi ambeng ini tidak untuk dimakan. Ia sekadar dijamah untuk dirasa sahaja. Kemudian ia dibahagi empat dan dibungkus untuk dibawa pulang sebagai berkat (buah tangan) kepada keluarga yang menunggu di rumah.

Waktu teman kecik2 dulu bila ayah pergi kenduri, teman tunggu ayah pulang walaupun dah jauh malam semata2 nak makan berkat. Tersangatlah sedapnya sebab ia sudah siap bercampur dengan lauk-pauk dan juga tumisan serta serunding. Baunya wangi sebab dibungkus dengan daun pisang. Sedaaaaaap. Manalah nak merasa lagi macam itu.

Teman tau juga sikit tentang sejarah nasi ambeng ni. Konon ceritanya, disebuah kampung kaum bapa (terutama yang miang) selalu keluar malam. Kalau zaman sekarang pergi Dangdutlah lebih kurangnya. Setiap kali keluar alasan yang diberi pergi kenduri arwah rumah sipolan dan si polan. Maka kaum ibu dekat kampung itu mengadulah kepada tok ketua yang suami2 mereka bermain gila. Tapi alasanya pergi kenduri arwahlah' tahlillah, muputilah. Satu jalan mesti dicari untuk mengelakkan suami mereka terjebak dengan maksiat. Keputusan yang diambil oleh tuk ketua ialah, setiap warga kampung yang mengadakan kenduri arwah, tetamu yang datang mesti dibekalkan dengan buah tangan (Berkat). Untuk mengelak dari mengelat (menipu) berkatnya hendaklah dari makanan yang disediakan pada kenduri arwah itu. Lepas itu sisuami tak boleh nak menipu lagi sebab setiap kali kenduri arwah mesti dibuat nasi ambeng dan dibawa pulang sebagai berkat. Kalau suami kata nak pergi kenduri arwah balik mesti bawa berkat. Kalau tak bawa maknanya ia menyimpang ketempat lain. Begitulah ceritanya. Teman tahu sebab teman dari keturunan org Jawa he he .

Wednesday, December 16, 2009

kenangan lalu

Petang aku mengemas barang2 lama. pakaian2 tak pakai, buku2, entah apa2 lagi. Alih-alih terjumpa beberapa sajak yang aku tulis semasa aku ditingkatan 6 atas 1972. Sajak2 ini tak pernah keluar dalam mana-mana majalah. Tidak juga dalam suratkhabar, maupun tamil nisan atau Nanyang Siang Pau.

Satu dari sajak itu bertajuk ` Aku Mesti Sampai ' ternukil pada 13 Jun 1972.

Aku mesti sampai
itu yang aku tahu
aku mesti sampai
itu yang aku mahu

Aku tidak peduli jeling matamu
kerna aku sedang berlari
aku tidak peduli senyum manjamu
kerna aku sedang mencari
yang aku tahu, aku mesti sampai

Kalau jelingan matamu menembusi jantungku
dan terguling jatuh ketanah
aku lebih tidak peduli

Kalau senyummu manjamu menikam hatiku
dan darah merah tertumpah
aku lebih tidak peduli
kerna aku tahu, aku mesti sampai

Aku berlari
aku mencari
esok aku mesti sampai

Jelingan matamu akan ku pinggirkan
senyum manismu akan ku musnahkan
kerna kau tahu
aku lelaki yang sudah sampai.


Satu lagi sajak kutulis menjelang peperiksaan STP 1972. Aku tulis khusus pada teman-teman tingkatan 6 atas ketika itu, bertajuk ` Perpisahan '


Sungguh ramah ditengah ayun-buai teman
rebah berdiri menyanyi tertawa
saat-saat berlalu menampar menyapa
dalam bilik memerah akal penuh kasih sayang.

Kita bergurau senda dan tertawa disudut meja
langit riang menyinar diwajah-wajah
kerisauan kepenatan berlari dari diri
menampak cerah harapan dialam bebas

Tertawa lagi tertawa mengusik riang
pelukan rapat hati penuh berisi makna
sungguh gembira ditengah ayun buai, atap biru kehijauan, tingkap kekuningan
alangkah ramah dalam diri dalam hati teman berkasih.

Bilik hijau dijaga Allah dalam nikmat
untuk esok hanya cuma jabat erat
dan kemesraan mula berlabuh
diangin perpisahan yang amat kudus.




Banyak lagi sajak2 yang aku tulis. Sebahagiannya ada tersiar dalam majalah sekolah aku
sekitar awal 70an. Aku juga terjumpa cerita pendek yang kutulis. Jika ada masa nanti akan kusiarkan.

Bila aku terjumpa sajak2 ini aku teringat teman sekelasku yang juga suka menulis sajak. Namanya Ghazali Jamaluddin. Sayangnya aku telah terputus hubungan dengannya sekarang. Selepas sekolah kami sama-sama melanjutkan pelajaran di UM. Dia di fakultas sastera, saya difakultas ekonomi dan pentadbiran. Selepas bekerja masing-masing membawa diri. Sampai sekarang tak tahu dimana. Mudah2an ia sentiasa diberi Allah dalam keadan sehat sejahtera hendaknya.

Tuesday, December 15, 2009

Balik Kampung...

Dah lame tak balek kampung...hari nie tibe2 terase nak balek kampung...mama dan achik pukul 7 pagi dah siap...7 suku kami berangkat...lebih kurang jam 9 dah sampai kat pekan sehari simpang 3...sempat la nak jalan2 ronda2 sampai kat gerai soto...balun soto 2 mangkuk sorang...sedap yop sotonye...dah lebih 30 tahun rase same je...soto jawe...mkn dgn sate dan ketupat...tengah makan datang Mahmud(abang ipar) dan kawannye join sekaki...


Sambung ke pekan Bagan Datoh...cadang nak cari jering dalam serbuk kayu kedai cina depan masjid...tapi dah takde pulak...last2 sampai pasar cari ikan...boleh tahan la hargenye...udang,ikan bagok,ikan senangin,ikan kembong semua di borong...habis la rm100 lebih...cukup la untuk makan seminggu dua nie...


Singgah rumah kakak yg sedang sakit...keadaan nye masih same...kami doakan semoga ia segera sembuh dan menempuh kehidupan seperti orang lain...makan tengahari di rumah kakak ipar...berlaukan gulai ikan,ulam pucuk betik,sambal belacan dan ikan masin...cukup berselera... habis la 2 pinggan...dah nak balik dijamu pulak mkan karipap buatan tangan nya sendiri...sugguh la lazat...jam 5 petang baru kami sampai semula ke rumah kami di ipoh...lama tak balik kampung...amat bermakna rasanya...