Wednesday, July 14, 2010

Perumpamaan/peribahasa/bidalan

Salam.

Sambil minum teh petang dengan kueh bak wan buatan isteri, saya menulis nota ceramah yang akan saya sampaikan kepada kakitangan sebuah jabatan keraan pada Isnin 19 jul ini. Membelek beberapa buku, majalah dan makalah saya terjumpa dengan perumpaan, peribahasa dan bidalan lama.

Dengan merenung kejauhan bukit menghijau dihadapan rumah terfikir alangkah bijaknya bangsa kita Melayu pada waktu itu. Mereka tidak belajar sampai ke pusat pengajian tinggi. Bahkan pusat pengajian tinggipun belum ada pada waktu itu. Tetapi mereka talah menghasilkan sesuatu yang indah dan amat tinggi nilainya.Mereka belajar melalui penghayatan, penglihatan dan pengalaman.

Cuba kita fikirkan berapa lama mereka memerhatikan ketam di tepian pantai. Melihat ia berjalan mengereng dan tidak pernah lurus kehadapan. Dan bila pula mereka melihat ketam tersebut mengajar anaknya berjalan?. Adeke ketam negajar anak berjalan he he he. Tetapi lahir dari mereka perumpamaan BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN BETUL bagi menggambarkan tidak mungkinya seorang yang tidak baik mengejar anaknya supaya menjadi baik. Indah dan tepat sekali perumpamaan itu pada sasarannya. Ia tidak ditulis tetapi tersebar dari mulut ke mulut akhirnya kekal hingga sekarang.

Saya bayangkan seorang tua pada waktu itu mengait jering dari pokoknya. Ternyata susah sekali dijatuhkan. Dibiarkannya sehingga jering itu jatuh sendiri tetapi tangkainya tetap tidak jatuh. Melekat kuat pada dahan. Tetapi bagaimana diumpamakan tangkai yang tak jatuh itu dengan orang yang kedekut. Indah dan cantik sungguh bahasa kita.

Siapa pulak yang terpandang seseorang jatuh dan sesudah itu titimpa tangga? terukkah? atau matikah?. Apapun orang yang melihat nampak penderitaan yang ditanggung oleh orang yang jatuh itu. Bayangkan rumah dulu2 yang sangat tinggi disamping tangga yang dibuat dari kayu solid-molid yang sangat berat. Sudahlah jatuh dari beranda yang tinggi ditimpa tangga yang berat. Bukankah malangnya yang amat sangat dan bertimpa2 ibarat sudah jatuh ditima tangga.

Orang sekarang jangankan nak buat perumpaan/peribahasa/bidalan yang baru. Yang telah dibuat oleh nenek moyang pun dilupaka. Dulu masa saya bekerja di Kementerian Tanah dibahagian latihan pernah memperkenalkan satu perumpamaan dan sangat terkenal dikalangan pentadbiran tanah ketika itu. Saya dapati pentadbiran tanah sangat sukar berubah kepada idea2 baru. Terus dengan amalan lama yang mengambil masa terlalu lama bagi meluluskan sesuatu permohonan. Komplen banyak diterima mengatakan Pejabat Tanah terlalu lambat membuat keputusan. Maka tibullah Perumpamaan LAMBAT MACAM PEJABAT TANAH. bagi menggantikan perumpaan lambat macam kura-kura. Itu dulu tapi sekarang perumpaan itu sudah tidak boleh dipakai lagi, kerana urusan dengan pejabat tanah tidak lagi lambat. Bahkan sesetengah kerja dapat disiapkan dalam sehari.

Tapi saya tabik dengan Karam Singh Walia. Orang bukan Melayu tetapi sangat mengagungkan perumpamaan/peribahasa/bidalan Melayu. Setengahnya saya sendiri ttidak pernah dengarpun sebelum ini?(Dia cipta sendirike?) Malam ini dia kata jangan biarkan kudis menjadi bisul.....hebat. Syabas Karam Singh. Melayu bangkitlah dari tidurmu.


Wallahu Aklam.