Tuesday, August 2, 2011

ORANG MELAYU MEMANG HEBAT.

Orang Melayu memang hebat. Hebat dalam apa sahaja. Hebat dalam semua hal, baik yang kecil atau yang besar, yang muda atau yang tua. Sebabitu Laksamana Hang Tuah mengatakan, takkan Melayu hilang di dunia.

Orang Melayu memang hebat. Dalam hal menaynyi, yang kecil juara Bintang Kecil, yang remaja juara akademi fantasia, juara Malasian Idol, juara Mentor dan entah apa-apa lagi. Yang tuapun teringin juga sekaki jadilah juara Kilauan Emas.

Orang Melayu memang hebat. Dalam hal lawak melawak jadi juara Raja Lawak. Tak cukup dengan itu, dikumpulkan pulak untuk menjadi Maharaja Lawak.

Orang Melayu memang hebat. Yang ada bakat selain dari itu, masuklah bakat TV, jadilah juara bakat TV.

Kenapa saya kata Melayu hebat, kerana dalam sekalip mata mereka menjadi terkenal. Bukan itu sahaja mereka juga menjadi kaya. Hadiahnya cukup lumayan hingga ratusan ribu. Bukankan hebat orang melayu? bangsa lain tak boleh buat.

Yang menjadikan mereka juara juga adalah orang Melayu yang hebat-hebat belaka. Orang Melayu membelanjakan berjuta ringgit untuk menghantar SMS mengundi mereka untuk menjadi juara. Berjuta ringgit dibelanjakan, bukan seringgit dua.

Program Agama juga dibuat sedemikian, ada akademi Alquran, Imam Muda dan yang akan datang Ustazah Pilihan? (kurang pasti). Baguslah kerana mendekatkan masyarakat dengan Alquran, membaiki mutu bacaan Alquran dan meningkatkan fahaman masyarakat tentang Islam. Dengan syarat penganjurnya Ikhlas dan pesertanya juga ikhlas, bukan menunjuk-nunjuk dan juga bukan untuk mengejar hadiah lumayan yang disediakan. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.

Bukan mudah untuk menjadi hebat begitu. Dengan itu banyakkanlah lagi program-program sebegitu. Semoga bangsa Melayu akan terus hebat-hebat belak dan lupa perkara lain yang sedang terhakis sedikit, sedikit, sedikit, sedikit.

Monday, July 4, 2011

HARI-HARI KENA TIPU.

Apa dipedulikan, yang penting dapat untung. Lagi banyak untung lagi baik. Pedulikan apa orang kata, pedulikan amaran, yang penting untung mesti maksima. Semaksima mungkin.

Kalau tembikai merah kurang merah. Balut dengan pelastik merah, mesti merah menyala jadinya dan membuka selera pembeli. Mesti beli punya. Kalau yang kuning kurang kuning, bungkus dengan pelastik kuning. Mesti kuning jadinya. Ramai lah yang beli nanti.

Kalau harga sesuatu barang itu sekilo mahal harganya. Tanda harga jangan bubuh dalam kilo tapi dalam gram. Sotong sekarang harganya RM 16.00 sekilo, jangan bubuh sekilo tapi bubuh tanda harga RM 8.00 500gm. Pembeli nanpak murah.

Kalau udang, ikan dan yang sewaktu dengannya, dibubuh dalam pinggan besar yang nampaknya banyak. Taruhlah harga sepinggan tu dengan harga yang murah yang boleh menarik minat pembeli. Tanpa disedari dibawah ikan, udang atau yang sewaktu dengannya itu diletakkan satu lagi pinggan yang ditiarapkan. Nampak banyak dan murah tetapi sebenarnya mahal dan sedikit sahaja.

itu kesah di pasar malam atau di pekan sehari.

Di pasar hyper yang katanya barang murah lagi pandai memutar belit. Lagi canggih cara menipunya. Tanda harga sekarang tidak lagi dilekatkan pada barang dagangan. Sebaliknya dilekatkan pada rak jualan sahaja. Tetapi pada rak harga lain pada barang harga lain selalunya lebih mahal, walaupun bukan semua barang tetapi acap kali ditemui. Pada barang hanya dilekatkan bar kod. Ada alat untuk menyemak harganya, tetapi diletakkan jauh ada kalanya ia diletakkan ditempat tersebunyi sedikit. Kalau satu dua barang dibeli bolehlah disemak. Kalau satu troli mana mungkin nak menyemaknya. Kalau kebetulan kita semak dan harganya berlainan pekerjanya akan minta maaf sahaja dan meletakkan tanda harga yang betul. Tetapi sudah berapa ramai yang tertipu.

Sepatutnya harga menggunakan satu sen sudah tidak digunakan lagi. Tetapi dimana-mana pasar hyper harga mesti menggunakan sen. Selalunya 99 sen. Bukankah menipu namanya. Walhal 99 sen kena bayar RM 1.00. Tujuannya untuk menipu sebab dari saikolojinya harga barangan tersebut murah kerana tidak sampai RM1. Tetapi mengikut kaedah penggenapan harga yang perlu dibayar ialah RM1. Kalau seratus orang membli hari itu bukankan secara lojik ia mendapat tambahan untung sebanyak 100 sen @ rm1.

Sebenarnya banyak lagi penipuan dihadapan kita. Apa pun hari-hari kita kena tipu oleh peniaga yang suka menipu untuk mengaut keuntungan yang berganda-ganda. Cukup tahun untung beratus2 juta ringgit. Pembeli makin menderita. Siapa yang pedulikan kita, menteri, orang politik, ahli ugama, ustaz, ketua kampaung, penghulu. Tak ada siapapun, kita hadapilah sendiri penipun ini. Nak repot polis, polis banyak kerja. Nak repot menteri, bendeni kecik sangat banyak lagi benda nak buat. Tanggung dan terimalah hakikatnya sendirin.

Jumpa lagi.

Wednesday, June 29, 2011

YAALLAH APA TERJADI DENGAN NEGARAKU MALAYSIA.

Hari ini kemana saja kita pergi, kebandar, kampung, pekan, desa, ke laut, sungai atau kehutan, kita mesti menemui mereka.

Dimana sahaja, dikilang, restoran, mini market, super markat, pasar basah, pasar kering, pasar borong, tapak pembenaan, ladang, sawah, bendang, di SPA di hotel sehingga ke rumah urut kita mesti temui mereka.

Kadang2 berjalanpun rasa tak selamat, dirumah juga rasa tak selamat. Bila berlaku rompakan melibatkan mereka. Pergaduhan kumpulan juga mereka. Anehnya yang menjaga keselamatan hartabenda dan persekitaran kita juga diberikan kepada mereka.

Hari ini hari Rabu jam 2.00 petang saya buka TV. TV3 sinatron `Amanah Dalam Cinta,. Astro 104 sinatron `Pengantin Remaja,. 105 sinatron `Safa dan Marwah,. Sinatron2 begini akan berterusan sampai malam. ceritanya mengarut belaka dan tidak mendatangkan apa2 faedah.

Apa yang terjadi sebenarnya?. Lebih dua juta warga asing berada di negara kita. Ada yang halal dan lebih banyak yang haram. Kita telah merdeka tapi macam dijajah,
segalanya dijajah, bahasa, makanan, bahkan siaran TV.

Apa terjadi sebenarnay?. Entah kali keberapa kita membuat pemutihan bertujuan untuk menghalalkan mereka dan mendidik mereka beretika dan datang secara sah. Anehnya selepas pemutihan bertambah ramai pula yang datang secara haram. Lebih mudah, lebih murah dan peduli apa nanti mesti ada pemutihan lagi.

Apa terjadi sebenarnya?. Dulu pendatang dari Indonesia sahaja tetapi sekarang, Bangla, Thailang, Nepal, Myanmar, Pakistan, India dan entah dari mana2 lagi. Bekerja direstoran Islam, pakai songkok bagi salam tidak berjawab. Konon datang untuk belajar tapi datang berniaga dari barangan halal hingga dadah dan anunya.

Apa yang terjadi sebenarnya?. Cukup.cukuplah, siapa saja yang mempunyai kuasa lihat dan ambillah tindakan. Hentikan berpolitik yang berlebihan, yang tidak menguntungkan sesiapa. Negara kita sudah dijajah sekarang. Belumkah kita sedar lagi?

Wednesday, June 15, 2011

Alahai ASTRO

Hidup ini semakin tidak menentu. Banyak perkara dihadapan kita yang sukar difahami. Kadang-kadang sambil relak menonton TV boleh tibul perasaan marah, geram, gelisah dan macam-macam. Apa tidaknya, bayaran semakin mahal, tayangan asyik diulang, cerita yang entah berapa kali disiarkan. Drama atau siaran tidak bermutu dan yang paling geram sedang menuntun siaran tergendala kerana hujan.

Pada masa ASTRO diperkenalkan lebih 10 tahun dahulu. Rakyat Malaysia di gula-gulakan dengan siaran TV tanpa gangguan. Buat pertama kali rakyat Malaysia akan menikmati siaran TV tanpa iklan. Sungguh menakjubkan, rakyat berlumba-lumba melanggan. Tambahan pula bagi kawasan yang kurang jelas pancaran TV percuma ( TV1, TV2, TV3...) akan dapat mengikutinya dengan baik bila melanggan ASTRO. Maka berceratuklah parabola ASTRO disetiap rumah, rumah atas bukit, rumah bawah bukit,rumah setinggan, rumah orang kaya, sederhana dan yang tidak mampupun melanggan juga. Tiap-tiap tahun ASTRO untung beratus-ratus juta.

Anehnya, sudahlah pelanggan dikenakan cukai kerajaan sebanyak 6%, sekejap-sekejap ASTRO nak semak harga langganan. Bila semakan dibuat bermakna dinaikkan. Rakyat ramai tiada pilihan. Walaupun ada TV tidak berbayar tetapi dikebanyakan tempat pancaran siarannya tidak memuaskan.

Hari ini nampaknya ramai wakil kita diParlimen bising membincangkan perkara ini. Riuh rendah mereka membela rakyat. Baik pemerintah atau pembangkang juga wakil bebas. Bagi rakyat bukan riuh rendah itu yang di kehendaki, tetapi apa tindakannya. Kalau tahun 2010 keuntungannya melebehi RM 700juta. Berapa banyak lagi keuntungan yang nak dikaut dari kesusahan rakyat. Apa yang diinginkan oleh rakyat turunkanlah harga langganan bulanan. Baikilah perkhidmatan. Cukup-cukuplah untung yang diperolehi. Kepada pemerintah pastikan RAKYAT DI DAHULUKAN. Kepada pembangkang jadilah pendesak yang berkesan. Jangan rakyat dipaksakan dengan monopoli yang membebankan.