Tuesday, September 28, 2010

Majlis Makan Malam Smarish Sempena Jubli Emas

Pada 25 Sept. 2010 yang lalu telah ber langsung majlis makan malam sempena jubli perak Sekolah Menengah Agama Rakyat Irsyadiah Batu 26 Bagan Datoh. Ia dianjurkan oleh Jawatankuasa Khas sekolah untuk tujuan mencari dana disamping mengumpulkan bekas2 pelajar. Sambutan sungguh membanggakan, ramai tetapi sedikit kelamkabut. Majlis yang sepatutnya bermula jam 9.00mlm telah terlewat sehingga 9.30mlm. Bukan kerana penganjur tetapi kerana tetamu yang hadir. Maklumlah majlis dihadiri oleh bekas pelajar yang sesetengahnya sudah bertahun tidak berjumpa kawan2. Mereka berjumpa berborak, berkumpul dimerata ceruk. Bertepuk bertampar sehingga lupa mereka berada dalam majlis rasmi. Tambahan pula tidak duduk semeja dengan rakan2. Majlis ucapan yang disampaikan oleh Mudir Ustazah Datin Khamudah Ghazali, Murshid Sekolah Dato Haji Mat Hashim Anang dan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah tidak mendapat perhatian. Tambahan pula majlis ucapan itu seiring dengan upacara makan. Mana nak menikmati jamuan, mana pulak nak mendengar ucapan.
Majlis makan malam ini dimaklum kan kepada massa melalui blog SMARISH dan juga `facebook', disamping makluman dari mulut kemulut. Sebab itu bekas2 pelajar 80an keatas sahaja yang ramai hadir. Bagi bekas pelajar seperti kami tahun 50an, 60an dan 70an yang kurang terdedah dengan media ICT kurang mendapat maklum dan tidak ramai yang hadir. Kawan2 yang seangkatan dengan saya boleh di bilang dengan jari. Antaranya Ustaz Zaini Hasan, Ustaz Jaafar Puteh, sudara Mohd Nor Husain Tg Karang dan isteri, Yahya Haji Ahmad Taiping, saudara Basari Abd Hamid anak beranak cucu cicit, saudara Bajuri bekas penghulu Bagan Datoh, saudari Junaidah Arifin dan suami dan lain2 yang sempat bertemu muka.
Seronoknya bila bertemu kawan2 lama semuanya bertanya kesihatan dan berapa ramai cucu. Tetapi yang sangat mencuit hati saya ialah bila seorang bekas pelajar seangkatan saya, sebaik berjumpa yang ditanyanya ialah dimana jamban kita dulu?. Masa kami belajar dulu, kami tinggal dipondok. Pondok kecil lebihkurang 10 x 15 kaki. Pondok papan beratap nipah. Masak sendiri menggunakan dapur minyak tanah.Tiada bekalan letrik sebaliknya menggunakan lampu minyak tanah. Tempat mandinya sebuah kolah yang didindingi zink sekerat pinggang. Mandi menggunakan gayung. Yang uniknya ialah tempat kadha hajat (melepas), jauh dibelakang pondok dalam kebun kelapa kira2 250meter. Ia merupakan satu bangunan kecil bertiang tinggi dan mengandungi empat pintu. Lepas melepas balik melenggang ketempat mandi untuk bersuci. Keadaan ini pernah saya dan isteri ceritakan kepada anak, menantu dananak saudara mereka ketawa dan tidak dapat hendak menggambarkannya. Keadaan sekarang sudah jauh berbeza. Pelajar2 sekarang tinggal diasrama, ada bilik mandi dan jambannya menggunakan jamban tarik. Makan di kantin tidak lagi masak sendiri.

Dulu, murid2 sekolah agama rakyat seperti ini kebanyakanya terdiri dari kalangan keluarga yang tidak berkemampuan. Tetapi pada malam itu dengan deretan kereta sepanjang jalan. Pelbagai jenis dari yang kecil hingga yang besar. Ternyata kehidupan lepasan sekolah agama rakyat juga mampu bersaing dengan pelajar dari sekolah2 lain. ternyata lepasan Sekolah Irshadiah telah berjaya dalam kehidupan mereka. Ada yang menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Bahkan ada yang mengetui jabatan penting Negeri dan Persekutuan. Ada yang menjadi menteri dan ahli politik. Kesemua ini adalah berkat keikhlasan pelajar sendiri dan Guru2 yang mengajar. Tahniah Irshadiah. Tahniah penganjur majlis.

Wassalam