Monday, July 4, 2011

HARI-HARI KENA TIPU.

Apa dipedulikan, yang penting dapat untung. Lagi banyak untung lagi baik. Pedulikan apa orang kata, pedulikan amaran, yang penting untung mesti maksima. Semaksima mungkin.

Kalau tembikai merah kurang merah. Balut dengan pelastik merah, mesti merah menyala jadinya dan membuka selera pembeli. Mesti beli punya. Kalau yang kuning kurang kuning, bungkus dengan pelastik kuning. Mesti kuning jadinya. Ramai lah yang beli nanti.

Kalau harga sesuatu barang itu sekilo mahal harganya. Tanda harga jangan bubuh dalam kilo tapi dalam gram. Sotong sekarang harganya RM 16.00 sekilo, jangan bubuh sekilo tapi bubuh tanda harga RM 8.00 500gm. Pembeli nanpak murah.

Kalau udang, ikan dan yang sewaktu dengannya, dibubuh dalam pinggan besar yang nampaknya banyak. Taruhlah harga sepinggan tu dengan harga yang murah yang boleh menarik minat pembeli. Tanpa disedari dibawah ikan, udang atau yang sewaktu dengannya itu diletakkan satu lagi pinggan yang ditiarapkan. Nampak banyak dan murah tetapi sebenarnya mahal dan sedikit sahaja.

itu kesah di pasar malam atau di pekan sehari.

Di pasar hyper yang katanya barang murah lagi pandai memutar belit. Lagi canggih cara menipunya. Tanda harga sekarang tidak lagi dilekatkan pada barang dagangan. Sebaliknya dilekatkan pada rak jualan sahaja. Tetapi pada rak harga lain pada barang harga lain selalunya lebih mahal, walaupun bukan semua barang tetapi acap kali ditemui. Pada barang hanya dilekatkan bar kod. Ada alat untuk menyemak harganya, tetapi diletakkan jauh ada kalanya ia diletakkan ditempat tersebunyi sedikit. Kalau satu dua barang dibeli bolehlah disemak. Kalau satu troli mana mungkin nak menyemaknya. Kalau kebetulan kita semak dan harganya berlainan pekerjanya akan minta maaf sahaja dan meletakkan tanda harga yang betul. Tetapi sudah berapa ramai yang tertipu.

Sepatutnya harga menggunakan satu sen sudah tidak digunakan lagi. Tetapi dimana-mana pasar hyper harga mesti menggunakan sen. Selalunya 99 sen. Bukankah menipu namanya. Walhal 99 sen kena bayar RM 1.00. Tujuannya untuk menipu sebab dari saikolojinya harga barangan tersebut murah kerana tidak sampai RM1. Tetapi mengikut kaedah penggenapan harga yang perlu dibayar ialah RM1. Kalau seratus orang membli hari itu bukankan secara lojik ia mendapat tambahan untung sebanyak 100 sen @ rm1.

Sebenarnya banyak lagi penipuan dihadapan kita. Apa pun hari-hari kita kena tipu oleh peniaga yang suka menipu untuk mengaut keuntungan yang berganda-ganda. Cukup tahun untung beratus2 juta ringgit. Pembeli makin menderita. Siapa yang pedulikan kita, menteri, orang politik, ahli ugama, ustaz, ketua kampaung, penghulu. Tak ada siapapun, kita hadapilah sendiri penipun ini. Nak repot polis, polis banyak kerja. Nak repot menteri, bendeni kecik sangat banyak lagi benda nak buat. Tanggung dan terimalah hakikatnya sendirin.

Jumpa lagi.