Wednesday, June 15, 2011

Alahai ASTRO

Hidup ini semakin tidak menentu. Banyak perkara dihadapan kita yang sukar difahami. Kadang-kadang sambil relak menonton TV boleh tibul perasaan marah, geram, gelisah dan macam-macam. Apa tidaknya, bayaran semakin mahal, tayangan asyik diulang, cerita yang entah berapa kali disiarkan. Drama atau siaran tidak bermutu dan yang paling geram sedang menuntun siaran tergendala kerana hujan.

Pada masa ASTRO diperkenalkan lebih 10 tahun dahulu. Rakyat Malaysia di gula-gulakan dengan siaran TV tanpa gangguan. Buat pertama kali rakyat Malaysia akan menikmati siaran TV tanpa iklan. Sungguh menakjubkan, rakyat berlumba-lumba melanggan. Tambahan pula bagi kawasan yang kurang jelas pancaran TV percuma ( TV1, TV2, TV3...) akan dapat mengikutinya dengan baik bila melanggan ASTRO. Maka berceratuklah parabola ASTRO disetiap rumah, rumah atas bukit, rumah bawah bukit,rumah setinggan, rumah orang kaya, sederhana dan yang tidak mampupun melanggan juga. Tiap-tiap tahun ASTRO untung beratus-ratus juta.

Anehnya, sudahlah pelanggan dikenakan cukai kerajaan sebanyak 6%, sekejap-sekejap ASTRO nak semak harga langganan. Bila semakan dibuat bermakna dinaikkan. Rakyat ramai tiada pilihan. Walaupun ada TV tidak berbayar tetapi dikebanyakan tempat pancaran siarannya tidak memuaskan.

Hari ini nampaknya ramai wakil kita diParlimen bising membincangkan perkara ini. Riuh rendah mereka membela rakyat. Baik pemerintah atau pembangkang juga wakil bebas. Bagi rakyat bukan riuh rendah itu yang di kehendaki, tetapi apa tindakannya. Kalau tahun 2010 keuntungannya melebehi RM 700juta. Berapa banyak lagi keuntungan yang nak dikaut dari kesusahan rakyat. Apa yang diinginkan oleh rakyat turunkanlah harga langganan bulanan. Baikilah perkhidmatan. Cukup-cukuplah untung yang diperolehi. Kepada pemerintah pastikan RAKYAT DI DAHULUKAN. Kepada pembangkang jadilah pendesak yang berkesan. Jangan rakyat dipaksakan dengan monopoli yang membebankan.

No comments:

Post a Comment