Tuesday, August 2, 2011

ORANG MELAYU MEMANG HEBAT.

Orang Melayu memang hebat. Hebat dalam apa sahaja. Hebat dalam semua hal, baik yang kecil atau yang besar, yang muda atau yang tua. Sebabitu Laksamana Hang Tuah mengatakan, takkan Melayu hilang di dunia.

Orang Melayu memang hebat. Dalam hal menaynyi, yang kecil juara Bintang Kecil, yang remaja juara akademi fantasia, juara Malasian Idol, juara Mentor dan entah apa-apa lagi. Yang tuapun teringin juga sekaki jadilah juara Kilauan Emas.

Orang Melayu memang hebat. Dalam hal lawak melawak jadi juara Raja Lawak. Tak cukup dengan itu, dikumpulkan pulak untuk menjadi Maharaja Lawak.

Orang Melayu memang hebat. Yang ada bakat selain dari itu, masuklah bakat TV, jadilah juara bakat TV.

Kenapa saya kata Melayu hebat, kerana dalam sekalip mata mereka menjadi terkenal. Bukan itu sahaja mereka juga menjadi kaya. Hadiahnya cukup lumayan hingga ratusan ribu. Bukankan hebat orang melayu? bangsa lain tak boleh buat.

Yang menjadikan mereka juara juga adalah orang Melayu yang hebat-hebat belaka. Orang Melayu membelanjakan berjuta ringgit untuk menghantar SMS mengundi mereka untuk menjadi juara. Berjuta ringgit dibelanjakan, bukan seringgit dua.

Program Agama juga dibuat sedemikian, ada akademi Alquran, Imam Muda dan yang akan datang Ustazah Pilihan? (kurang pasti). Baguslah kerana mendekatkan masyarakat dengan Alquran, membaiki mutu bacaan Alquran dan meningkatkan fahaman masyarakat tentang Islam. Dengan syarat penganjurnya Ikhlas dan pesertanya juga ikhlas, bukan menunjuk-nunjuk dan juga bukan untuk mengejar hadiah lumayan yang disediakan. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.

Bukan mudah untuk menjadi hebat begitu. Dengan itu banyakkanlah lagi program-program sebegitu. Semoga bangsa Melayu akan terus hebat-hebat belak dan lupa perkara lain yang sedang terhakis sedikit, sedikit, sedikit, sedikit.

No comments:

Post a Comment