Monday, April 19, 2010

Nasi Ambeng

Salam semua,

Lama sangat teman tak up-date blog teman ni. Nak kata sebok tidak juga. Naik kata lupa tidak juga. Tiba-tiba hari ini terinagt pula nak syer dekat kekawan tentang nasi ambeng.

Dua hari lepas teman terbaca satu pandangan yang mengatakan nasi ambeng perlu dikomeselkan. Sebenornya dah banyak restoran nasi ambeng ni. Terutama di tempat yang ramai orang jawa. Di Tanjung Karang ada gerai nasi ambeng demikian juga di Shah Alam.

Nasi ambeng ialah nasi yang disediakan oleh orang keturunan jawa ketika kenduri kendara. Terutamanya ketika kenduri arwah (Tahlil), naik buaian atau muputi kata orang Jawa. Kalau dulu nasi ini dibuat menggunakan acuan terutamanya besen atau mangkuk yang besar supaya nasi ini kenyal dan tidak mudah bertabur. Di atasnya diletakkan lauknyapauk yang terdiri dari ayam/ikan, tumisan (sayur)yang diperbuat dari tempe, suun, pucuk,kacang panjang, tauhu dan lain-lain. Serunding yang diperbuat dari kelapa dan daging juga disertakan. Pada asalnya nasi ambeng ini tidak untuk dimakan. Ia sekadar dijamah untuk dirasa sahaja. Kemudian ia dibahagi empat dan dibungkus untuk dibawa pulang sebagai berkat (buah tangan) kepada keluarga yang menunggu di rumah.

Waktu teman kecik2 dulu bila ayah pergi kenduri, teman tunggu ayah pulang walaupun dah jauh malam semata2 nak makan berkat. Tersangatlah sedapnya sebab ia sudah siap bercampur dengan lauk-pauk dan juga tumisan serta serunding. Baunya wangi sebab dibungkus dengan daun pisang. Sedaaaaaap. Manalah nak merasa lagi macam itu.

Teman tau juga sikit tentang sejarah nasi ambeng ni. Konon ceritanya, disebuah kampung kaum bapa (terutama yang miang) selalu keluar malam. Kalau zaman sekarang pergi Dangdutlah lebih kurangnya. Setiap kali keluar alasan yang diberi pergi kenduri arwah rumah sipolan dan si polan. Maka kaum ibu dekat kampung itu mengadulah kepada tok ketua yang suami2 mereka bermain gila. Tapi alasanya pergi kenduri arwahlah' tahlillah, muputilah. Satu jalan mesti dicari untuk mengelakkan suami mereka terjebak dengan maksiat. Keputusan yang diambil oleh tuk ketua ialah, setiap warga kampung yang mengadakan kenduri arwah, tetamu yang datang mesti dibekalkan dengan buah tangan (Berkat). Untuk mengelak dari mengelat (menipu) berkatnya hendaklah dari makanan yang disediakan pada kenduri arwah itu. Lepas itu sisuami tak boleh nak menipu lagi sebab setiap kali kenduri arwah mesti dibuat nasi ambeng dan dibawa pulang sebagai berkat. Kalau suami kata nak pergi kenduri arwah balik mesti bawa berkat. Kalau tak bawa maknanya ia menyimpang ketempat lain. Begitulah ceritanya. Teman tahu sebab teman dari keturunan org Jawa he he .

3 comments:

  1. laa koyo ngono rupane sejarah ambeng baru aku ngeretie

    ReplyDelete
  2. rasa nak gelak guling2 je ekekekeke...

    ReplyDelete
  3. o yeke..heheh..rupenye nasi ambeng ni ada sejarahnye..heheh..saya baru tau..:)

    ReplyDelete