Sunday, May 2, 2010

Reunion

Salam,

Sejak keluar dari Maktab Mahmud pada tahun 1972 hanya beberapa kali berpeluang berjumpa kawan seangkatan. Itupun seorang dua secara kebetulan, semasa bertugas atau ada kenduri kendara. Pada 1hb Mei yang lalu, sempena dangan cuti hari pekerja bekas pelajar 1970an menganjurkan perjumpaan.

Dengan tidak melepaskan peluang bersama-sama dengan isteri, anak, menantu dan cucu saya berangkat ke alor star pada petang jumaat. Melalui lebuhraya utara-selatan terasa amat selesa diperjalanan. Dari Ipoh tidak sampai 3 jam dah terpacak di Alor Star. Alor Star sekarang bersih dan cantik, tetapi malam kurang meriah walaupun up-town telah diujudkan di perkarangan Pekan Rabu. Jam 10 dah sunyisepi.

Malam gerimis. memandu ke Teluk Kechai, rupanya hari jumaat laksa Pak Din tutup.
Teringat nasik lemak Ali. Singgah makan, tapi rasanya sudah banyak berubah. Tidak sehebat 38 tahun lalu. Harganye pulak hem boleh tahan.

Pagi 1 Mei kawan lama saudara Mohamad (Mat London) jemput saya di hotel. Jam 9 sudah sampai dihalaman Maktab Mahmud. Tapi biasalah program orang melayu belum nampak sorangpun yang datang. Walaupun semuanya bekas pelajar sekolah ugama tapi jam yang dipakai bukan jam Islam tetapi jam Melayu. Hampir jam sepuluh barulah merangkak datang. Ramai juga hampir seratus orang.

Dato' Ustaz Razak untaz saya dulu masih sehat dan turut hadir. Beliau sekarang menjadi Pengerusi alumni Maktab Mahmud. Guru bahasa inggeri saya yang sudah bersara selama 22 tahun ustaz (Mr) Ramadas juga hadir. Seronok bila kami mengimbau kesah2 lama. Masing2 bertanya berapa cucu ha ha ha. Dulu kalau Maktab Mahmud ada perlawanan bola sepak Mr Ramadas inilah yang mula turun padang.

Lepas majlis sekali lagi ke Teluk Kechai. Tak puas malam tadi tak dapat laksa. Masih juga tapi tak sesedap 38 tahun dulu bila laksa pak din dijaja dengan basikal sampai ke asrama Maktab Mahmud. Laksa kosong 20 sen sahaja sepinggan (mangkuk). Waktu itu boleh makan sampai dua tiga pinggan.(mangkuk) tak ada pantang. Bukan macam sekarang, kalau nak makan laksa tanya dulu kuah dibuat dari ikan apa?. Kalau sardin dalam tin sorry, goutttt....he he he.

No comments:

Post a Comment